Sunday, August 9, 2009

Bagaimana Untuk Orang Pendiam Meluah Stress

Masalah ramai orang pendiam adalah susah nak meluah apa yang membuat diorang stress. Susah nak luah, kemudian tak tahu cemana nak meluah. Ada lagi orang pendiam, tak tahu mana nak mula untuk meluahkan segala stress yang terbuku di hati.
Orang pendiam ni tak sepanjang masa dia jadi pendiam. Mesti ada ketika dia bercakap, tapi biasanya dengan orang yang dia selesa bersama, misal kata isteri dia, kawan rapat dia, sepupu dia, adik beradik dia atau kekasih dia. Kalau dia dok bersama orang yang dia tak selesa, dia lebih banyak berdiam.
Bila ada peluang camni, jika Anda orang pendiam yang stress, ambik peluang untuk meluah stress yang tersimpan di hati. Luahkan kesemuanya dan mintalah orang yang rapat tu untuk mendengar saja.
Luah habis, seluah yang mungkin. Lepas tu, sama ada orang yang mendengar tu nak bercakap, nak memberi pendapat atau nasihat, biarkan kerana itu akan membangkitkan komunikasi dari hati ke hati. Janji, Anda luah dulu kesemua yang membuat Anda stress. Jangan tertinggal satu pun!
Cara kedua, tulis satu-satu apa yang membuat Anda stress. Manfaatnya banyak, khusus bagi orang pendiam. Anda boleh tulis kat Notepad dalam komputer, kat dalam buku nota atau kat kertas A4 warna putih.
Lepaskan tekanan Anda kat situ. Tuliskan apa yang Anda geram, apa yang Anda tak puas hati dan apa yang Anda marahkan. Tulis kesemuanya. Cayalah, sehelai kertas tak cukup nak tulis semua.
Kemudian, nak simpan atau nak buang apa yang Anda dah tulis tu, terpulang pada Anda. kekadang ada orang pendiam yang stress, lepas dia tulis semua yang membuat dia stress, dia keronyok kerta pastu dia buang supaya dia rasa lega, rasa OK. Entah cemana, dia tetiba lupa segala apa yang membuat dia stress.
Cara ketiga, cakap sorang-sorang. Tapi, sebelum Anda cakap sorang-sorang, pastikan tak ada orang di sekeliling. Waktu paling baik untuk Anda meluah stress sorang-sorang adalah di waktu malam, di dalam bilik tidur atau di mana saja tempat yang Anda boleh bersendiri. Time ni Anda lepaskan kemarahan, tekanan dan kegeraman.
Cara keempat, bangunlah di tengah malam dan lakukan sembahyang sunat. Meluah pada Tuhan, pada Allah Yang Maha Esa kerana dia adalah sebaik-baik pendengar yang paling setia.
Dia mendengar luahan Anda, ketika Anda bersuara, ketika Anda berbisik atau ketika Anda berdoa dengan menangis teresak-esak. Anda yang beragama Islam, cara ini amat di galakkan sekali.
Waktu di tengah malam, suasana amat tenang dan amat sunyi. Selepas berdoa, sebaiknya Anda beri saranan pada diri sendiri, beri kekuatan pada diri sendiri. Saranan bila di beri pada waktu tenang, ketika sunyi, cepat ditangkap masuk oleh minda separa sedar.
Katakan pada diri Anda yang Anda boleh membina kekuatan untuk menghadapi stress.
Katakan pada diri anda, yang Anda berhak bebas dari stress.
Tegaskan pada diri Anda yang Anda ada hak untuk mengecapi bahagia, menikmati ketenangan dalam apa jua yang Anda lakukan, dalam kerja Anda mahupun dalam masa bersama keluarga. Stress cemanapun, Anda masih ada hak untuk menikmati ketenangan.
Bila fokus fikiran adalah untuk menikmati ketenangan, tidak lama selepas itu, anda akan bertemu dengan ketenangan. Kita menjadi apa yang kita fikirkan.
Senjata orang pendiam adalah DOA. Orang pendiam, dia banyak berdoa di dalam hati. Siapa kata orang pendiam tak ada keunikan sendiri? Ada. Cemana saya tahu? Sebab saya juga adalah orang pendiam!

also from blog yang i suke bace...

3 comments:

alongluck said...

try watlah nanti...

aku iza said...

iyo la tu..
aku ari tu, nangis pastu tido.
Harap2 sgt memory dgn si dia terus dpt dilupakan

hanshiro+harmy said...

ow..thx bagi tips..
saya pun org pendiam...:)